Home

Tuesday 19 May 2015

Apam Gula Hangus

APAM GULA HANGUS
1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak masak
3 sudu mentega/butter
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Masukkan gula ke dalam pan dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Kacau sedikit-sedikit sahaja supaya gula tidak berketul-ketul. Pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Bila dah cair sejukkan.
Dalam yang lain, cairkan mentega bersama minyak masak. Biarkan sejukkan.
Masukkan telur, susu, minyak & mentega, pukul sekejap.
Masukkan gula yang telah disejukkan.
Masuk tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonat. Pukul hingga sebati.
Masukkan adunan dalam loyang. Biarkan sejam.
Kemudian kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil..kukus dalam 15 minit.
Pc steam 30mnt
รจ






No comments:

Post a Comment