Home

Wednesday 10 June 2015

Kepak Ayam Madu




Teks: Anisah Abd Rahman



Resipi Aneka Bun


Teks: Anisah Abd Rahman
Pictures: Anisah

Dengan menggunakan satu resipi yg sama boleh hasilkan aneka bun. Sangat mudah dan sangat menjimatkan.













Thursday 21 May 2015

Daging Goreng Kunyit

Teks: Anisah Abd Rahman
Credit: Org Yg Berkongsi





Bahan2nya:
500 daging dipotong2
2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
2 biji cili merah
Parutan kunyit hidup @( satu camca kecil serbuk kunyik)
6 batang kacang panjang dipotong2
1 batang carrot dipotong2
1 camca kecil kicap
Minyak & garam secukup rasa.

1.Daging direbus dengan sedikit air (hp) selama 8 minit. 
2. Tekan button stir/fry masukan carrot, kacang panjang, bawang besar, cili, kunyit, kicap & garam Gaul rata.
3. Masukan minyak ( anggaran 3@4 sudu)
4. Angkat & dihidangkan.

Tuesday 19 May 2015

Apam Gula Hangus

APAM GULA HANGUS
1 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan minyak masak
3 sudu mentega/butter
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Masukkan gula ke dalam pan dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Kacau sedikit-sedikit sahaja supaya gula tidak berketul-ketul. Pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Bila dah cair sejukkan.
Dalam yang lain, cairkan mentega bersama minyak masak. Biarkan sejukkan.
Masukkan telur, susu, minyak & mentega, pukul sekejap.
Masukkan gula yang telah disejukkan.
Masuk tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonat. Pukul hingga sebati.
Masukkan adunan dalam loyang. Biarkan sejam.
Kemudian kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil..kukus dalam 15 minit.
Pc steam 30mnt
è






Thursday 30 April 2015

Suhu Oven Industri

Teks: Anisah Abd Rahman

Ini nota saya untuk kegunaan masa hadapan.
suhu untuk oven industri bakar roti sarang lebah.
atas 140○ bawah 190○

IsyaAllah esok nk balik kampung, tk sabar nk cuba gunz oven industri mak yg dah jadi gajah putih.

InsyaAllah segala ilmu yg saya belajar dari kelab roti akan dipraktikkan.

Monday 9 March 2015

Periuk Ajaib a.k.a Pressure Cooker

Teks: Anisah Abd Rahman

Assalamualaikum semua teman-teman yang sangat hebat.


Hari ni anisah nak kongsi cerita tentang periuk ajaib yang sangat hebat, memang berbaloi-bolai la laburkan duit unyuk periuk ni, sebabnya macam-macam boleh masak.

Paling glamour boleh guna untuk masak nasi arab dengan mudah dan cepat. Tadaaa siap dah nasi arab 7minit.

Ada orang fikir beli periuk harga rm700 sangat mahal dan makan nasi arab di Restauran lebih murah, satu hidangan bersama keluarga baru RM100.

Anda mungkin hendak berjimat tetapi anda sebenarnya tidak berapa bijak dalam merancang perbelanjaan keluarga,
berubah lah sedikit demi sedikit untuk kebahagian masa depan kita.

Monday 2 March 2015

Kelas Meroti Di Bandar Sunway Komplex 3C

Teks: Anisah Abd Rahman

Saya kongsikan kelas Double Combo Asas Roti dan Karipap Pusing. Kelas ni sangat seronok dan mengujakan.

Peserta nya yang hebat dan sangat sporting. Akhirnya kami semua menjadi geng dan selalu keluar bersama di hujung minggu menjalankan aktiviti yang hebat.

Menu Karipap Pusing dan Roti Sarang Lebah

Bergambar Chef Karipap Pusing

Peserta gembira melihat hasil tangan sendiri


Meroti Bersama CIk Ros DI Bandar Saujana Putra

Teks: Anisah Abd Rahman

Ini adalah kelas meroti saya secara personal bersama jiran setempat. Cik Ros adalah seorang suri rumah, kami meroti untuk mengisi masa lapang dan merapatkan silaturrahim


Jika anda juga berminat untuk aktiviti seperti ini boleh hubungi saya:
ANISAH  011 123 91595/ 03 51035098
untuk buat booking temujanji anda

Kelas Roti 7 March

Teks: Anisah Abd Rahman

Alhamdulillah tercapai hasrat saya untuk mempunyai blog khas berkongsi segala aktiviti masak memasak untuk kumpulan kami.

Kami sangat mengalu-alukan kawan-kawan semua turut serta untuk menambah kenalan dan belajar memasak secara santai. Kita sama-sama berkongsi idea dan ilmu yang ada untuk menjadi lebih hebat.

Aktiviti kami hujung minggu ini belajar meroti, pada yang berminat untuk turut serta boleh hubungi saya dengan segera.

ANISAH ABD RAHMAN
011-12391595
03 51035098