Home

Monday, 10 October 2016

Fucuk Bungkus

BAHAN2NYA:

1 keping isi ayam (bahagian dada)
15 ekor udang sederhana besar (ikut suka)
½ batang carrot disagat halus
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 tangkai daun bawang dimayang halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecik minyak bijan (optional)
garam atau sos ikan
lada hitam
2 kepung fucuk direndam sampai lembut

CARA:

1. Ayam dibuang kulitnya dan dipotong kecik2. Pastu masuk dalam blender kering dan kisar sampai halus.   Boleh guna food processor tapi tadi Kjee malas nak keluarkan. Kemudian kisar pulak udang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan ayam kisar dan udang dan gaul sampai rata. Masukkan carrot yang telah sagat halus dan daun bawang serta minyak bijan. Gaul rata. Kemudian bubuhlah tepung jagung, serta perasa iaitu kicap/sos ikan atau garam. Kalau suka boleh bubuh sedikit msg. Gaul lagi sampai rata guna spatula. Okay paste dah siap.
2. Potong fucuk pelan2 takut ia koyak. Letak atas pinggan. Ambil satu sudu paste dan letak atas fucuk tadi. 
3. Kemudian gulung.
4. Kemaskan tepinya. 
5. Susun dalam kukusan. Air mesti melegak baru dikukus.
6. Kukus selama 20 minit atau sampai masak.
7. Makan dengan sos cili.

Wednesday, 24 August 2016

Monday, 4 April 2016

Kek pisang Noxxa


Kek Pisang Noxxa

Terima kasih kepada yg kongsi resipi. nanti saya update gambar bila dah cuba kek yer.

Semperit simple tapi sedap

Semperit


sedap sangat semperit ni.
rugi kalau tak cuba...
resipi simple dan rasanya sangat enak.
terima kasih kak shima kongsi resipi ini dalam homemiting kita.



Bengkel Masakan Timur Tengah

Assalamualaikum..
jangan lepaskan peluang hujung minggu ini 10 April 2016. Chef Lokman Sokran akan berkongsi cara masakan timur tengah yang digemari ramai.
Berminat untuk sertaikelas ini boleh hubungi chef Nora 012-6898020